bonjour ♥
a m i r a
about News Portal home Articles facebook instagram twitter articles

Follow ♥


Pro Blogger Tricks

credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Posts

Older Post >
Suri Rumah Diserang Ah Long
Monday 22 December 2014 | 0 comments


SHAH ALAM, 19 Dis – Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila diserang ah long atau ‘ceti haram’ selepas suaminya dikatakan gagal membayar hutang yang dipinjam dua tahun lalu berjumlah RM 200,000.

Mangsa, Mazmira Taib, 29, berkata, dia hanya mengetahui tentang hutang suaminya, Hakim Zani, 34, selepas ah long tersebut datang menyerangnya di tempat letak kereta, di sebuah kompleks membeli-belah, dekat sini, semalam.

“Waktu itu saya sedang menunggu kawan untuk keluar makan. Tiba-tiba dia (ah long) datang, menjerit suruh saya keluar dari kereta. Dia mengugut untuk mencederakan saya jika saya tidak dapat bayar hutang tersebut,” katanya ketika ditemubual selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Mangsa yang juga merupakan seorang suri rumah didakwa menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut menyebabkan dia diburu ah long meskipun mangsa tidak mengetahui langsung mengenai kontrak pinjaman yang dibuat oleh suaminya itu.

Suaminya yang bekerja sebagai pegawai kanan pentadbiran di sebuah syarikat swasta dipercayai membuat pinjaman tersebut pada tahun pertama perkahwinan mereka.

“Memang kami ada masalah kewangan sebelum ini, tapi saya tidak sangka yang suami sanggup pinjam duit dari ah long. Malah, dia ada mengatakan bahawa dia ingin ke luar negara atas urusan kerja sejak dua minggu lepas. Rupa-rupanya dia ingin lari daripada membayar hutang,” ujar Mazmira.

Manakala, menurut saksi yang berada ditempat kejadian, Arin Zam, 25, berkata, dia dan rakannya sempat merakam video ah long tersebut yang cuba mengasari dan memeras ugut mangsa.

“Kami dalam perjalanan ke tempat letak kereta sebelum kami ternampak seorang lelaki menengking seorang perempuan sambil memegang sebatang kayu. Selepas lelaki itu pergi, kami membantu wanita tersebut untuk membuat laporan polis,” ujar Arin.

Menurut DSP Ahmad Ali, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh mangsa sejurus selepas diserang. Pihak polis juga berusaha untuk menjejaki suami mangsa yang dikatakan mempunyai urusan kerja di luar negara.

“Kami akan berusaha untuk menjaga keselamatan mangsa dan akan menjalankan siasatan dengan terperinci berhubung dengan kes ini supaya serbuan terhadap tempat-tempat pinjaman haram ini dapat dilakukan,” ujar DSP Ahmad Ali ketika ditemui.

Berita ini hanyalah stimulasi bagi kursus Online Journalism dan tujuan akademik sahaja. Subjek di dalam video adalah lakonan semata-mata.

Labels: , , ,

Balkanisasi Siber
Friday 19 December 2014 | 0 comments


Artikel hasil nukilan Dr Rahmat Ghazali iaitu Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1Malaysia telah memperkenalkan konsep ‘Balkanisasi’ yang sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan penduduk dunia siber. Balkanisasi secara literalnya ada konsep geopolitik yang bermaksud proses pemisahan negara-negara Balkan untuk menggambarkan fenomena politik yang penuh dengan konflik sesama mereka. Negara-negara ini sememangnya bebas tetapi kebebasan ini membuatkan mereka berpecah, tidak mahu berkongsi maklumat sehingga satu peringkat mereka bertindak ganas antara satu sama lain.

Keterpisahan inilah yang dilihat sama dengan situasi media massa, terutamanya Internet yang membolehkan pengguna memperolehi apa sahaja maklumat yang dikehendaki tanpa tapisan. Perkara ini boleh membentuk kumpulan bersefahaman tetapi terpisah ‘ideologi’ antara satu sama lain yang menjurus kepada pertentangan pemikiran media arus perdana. Mereka ini perlahan-lahan menjadi obses kepada anasir-anasir negatif dan adakalanya ke tahap ekstrim dan membawa kepada keburukan dalam masyarakat.

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi dalam sistem perlembagaannya yang secara tidak langsung mewujudkan perbezaan ideologi politik. Sebagai contoh, kenyataan kenaikan harga minyak yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan persekutuan negara.


Kenaikan harga minyak membuatkan Balkanisasi Siber semakin terasa

Kita boleh lihat, Internet dijadikan medium utama untuk mereka menyuarakan pendapat serta ketidakpuashatian mengenai isu tersebut. Kelancangan lidah dan kata-kata kesat yang keterlaluan digunakan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter ataupun melalui blog tanpa mempelajari sebab sebenar kenaikan harga minyak berlaku. Pertuturan dan kesopanan bahasa yang semakin biadab di dunia siber merunsingkan pelbagai pihak dan dikhuathiri akan melumpuhkan semangat 1Malaysia pada masa akan datang.

Kewujudan akhbar alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat dan pelbagai akhbar bersaiz tabloid yang berada di pasaran tanpa sekatan serta sokongan kebebasan bahan-bahan politik di Internet juga mengakibatkan keterpisahan semakin terasa. Teknologi yang kini semakin canggih membolehkan pengguna menempah bahan yang mahu dibaca, ditonton atau didengari di Internet. Sifat Internet dan sesawang web yang luas dengan berita dan maklumat ini tidak mungkin kita temui pada media tradisional. Namun, sekiranya bahan-bahan kebencian, anti kerajaan, kritikan pedas tidak berasas disebabkan oleh sumber yang tidak mempunyai kredibiliti, fitnah, hasutan dan gejala-gejala negatif yang lain terus menjadi tatapan umum, pastinya mewujudkan balkanisasi media massa.

Internet boleh dianggap seperti satu kuasa yang membawa pengguna ke satu dimensi baru yang memisahkan mereka daripada realiti dimana pengguna bebas untuk menorakai dunia Internet yang luas tanpa sebarang sempadan. Namun, adakalanya, pengguna didatangi oleh laman web iklan tanpa dipinta seperti ‘spam’ dan iklan yang berunsurkan seks, sama ada secara ‘imbasan’ atau ‘pop ups’. Jalan penyelesaian untuk masalah seperti ini terletak kepada pengguna sendiri iaitu dengan cuba meneroka laman web iklan tersebut atau terus membuangnya dan mengisytiharkannya sebagai gangguan. Kita sedia maklum bahawa Internet merupakan tempat untuk mencari sesuatu maklumat tetapi ia juga boleh menjadi perantaraan kepada pendedahan dunia pornografi.

Balkanisasi media dilihat mampu menyumbang kepada genjatan semangat 1Malaysia kerana berpotensi untuk memisahkan khalayak dengan menolak kehadiran pihak yang tidak sehaluan dari segi pemikiran, minat dan kecenderungan mereka. Perpaduan rakyat Malaysia akan tergugat sekiranya rakyat hanya memberikan perhatian kepada apa yang mereka minati. Balkanisasi media ini juga menyebabkan rakyat menjadi satu kumpulan yang taksub dengan satu bentuk tingkahlaku, sikap dan pemikiran. Insiden seperti Himpunan Bersih telah melahirkan masyarkat yang terlalu berani sehingga berlakunya kecederaan kepada peserta dan juga pihak berkuasa.

Kita tahu meluahkan pendapat itu boleh akan tetapi ia perlulah dipraktikkan bersama dengan etika kewartawanan. Jangan hanya menghentam, mengupas atau merumuskan sesuatu tanpa kesahihan.

Labels: , , ,

Gadis ditemui Mati Ditembak





Mangsa: Nadia Ahmed yang dipercayai dibunuh atas sebab balas dendam.


SHAH ALAM 7 Nov : Seorang gadis berusia 18 tahun ditemui mati ditembak di kawasan pembinaan bangunan baru berhampiran Public Bank, Seksyen 15 di sini, pagi semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Shah Alam, DSP Syed Aziz Syed Omar Jalalulail Al-Barakabah berkata, mangsa ditemui oleh seorang buruh binaan warga Bangladesh kira-kira jam 6.30 pagi. Mangsa ditemui dengan kesan tembakan di sebelah kanan kepala.

“Pasukan Forensik Hospital Besar Shah Alam mengesahkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian berikutan peluru menembusi otak dan berlaku banyak pendarahan”

Menurut saksi, Bahadur Abdul Saleem, 27, dia pada ketika itu sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja namun terkejut apabila melihat seorang gadis tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta dengan enjinnya masih hidup.

“Saya terkejut lalu menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang penemuan ini,” tambah Bahadur.

Sementara itu, pihak polis berkata berlaku pergelutan sebelum mangsa ditembak oleh suspek disebabkan oleh kesan lebam yang dapat dilihat di badan mangsa.

“Motif pembunuhan ini adalah balas dendam kerana dokumen peribadi mangsa masih berada di dalam beg tangan dan dalam keadaan kemas.

Pihak kami juga percaya suspek dibantu dalam kes ini dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.”

Menurut DSP Syed Azmi lagi, sebanyak dua das tembakan dilepaskan dan beliau mempercayai suspek menggunakan pistol jenis Smift and Waston.


Hitam: Kereta jenis Mercedes Benz CLK240 milik Datuk Shamuganathan yang dipandu oleh Nadia dikelilingi orang ramai.

Mangsa, Nadia Ahmed, 18 berasal dari Ampatenang, Dengkil memandu kereta jenis Mercedes Benz CLK240 berwarna hitam milik seorang ahli perniagaan, Datuk Shamuganathan Pilai. Namun, Shamuganathan ketika dihubungi pihak polis berada di New Delhi, India atas urusan perniagaan selama dua hari.

Keluarga Shamuganathan mengenali Nadia dan mereka mengatakan Nadia merupakan pelayan (GRO) yang sah kepada ahli perniagaan berkenaan dan diberi kebenaran untuk memandu kereta tersebut. 


Berita ini hanyalah stimulasi bagi subjek Online Journalism dan tujuan akademik. 

Labels: , , ,

Pesta Arak Oktoberfest: Matlamat Menghalalkan Cara?


Tidak cukup dengan Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang menyebabkan banyak kematian anak muda, negara Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan Pesta Arak Oktoberfest yang disambut secara besar-besaran di negara kita. Pesta tersebut mendapat tentangan hebat dari orang ramai terutamanya dari umat Islam termasuk saya sendiri. Kita semua sedia maklum, agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan. Apa mereka ini sudah tidak sensitif dengan persekitaran Malaysia yang turut dihuni oleh rakyat yang beragama Islam? Mereka sewenang-wenangnya menjalankan pesta minuman keras secara terbuka di seluruh negara. Penganjur sepatutnya lebih peka dan jangan biarkan maltamat menghalalkan cara.


Pesta Arak Oktoberfest ini telah dilancarkan di RP Saujana Resort pada 24 September 2014 oleh Carlsberg Malaysia. Pelancaran pada hari tersebut bersamaan dengan tempoh Festival Tahunan Bir Bavaria di Munich (sambutan di Munich bermula pada 20 September) diadakan, dan untuk tiga tahun berturut-turut, Carlsberg Malaysia sekali lagi membawa Oktoberfest ke Malaysia. Majlis pelancaran itu telah menarik lebih dari 500 peserta untuk berpesta arak bersama. Hotel Berjaya Times Square di Kuala Lumpur, Brussels di Setia Walk, Puchong, I Beam di Batu Pahat, Johor dan Euro Deli di Penang antara tempat pesta arak ini diadakan sekitar Malaysia.                                                                                        
Lebih mengecewakan apabila Menteri Besar Selangor sendiri tidak menghalang Pesta Arak itu dijalankan dan apabila ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti itu sahaja. Keputusan tidak menghalang Pesta Arak itu adalah pendirian kerajaan (secara menyeluruh) yang juga diwakili oleh semua parti. Kenyataan beliau menghairankan banyak pihak. Bukankah parti PAS juga dalam kerajaan negeri? Sekiranya PAS membantah, bukankah ia membawa erti bukan semua menyokong Pesta Arak itu?

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Allah juga telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud :
‘Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.’

Sudah terang lagi bersuluh. Menteri Besar Selangor yang juga seorang Muslim sepatutnya menghalang Pesta Arak itu daripada dijalankan di negeri pimpinan beliau. Benar, Islam tidak melarang penganut agama lain meminum arak namun mengadakan pesta arak secara besar-besaran, apatah lagi mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan papan iklan dan sebagainya di negeri atau negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi adalah tidak wajar. Yang Berhormat Menteri Besar Selangor perlu bersikap tegas dalam membangkangkan pesta seperti ini.

Sokongan pemimpin parti pembangkang dalam Pesta Arak Oktoberfest meyakinkan lagi umat Islam di negara ini bahawa kedua-dua parti itu bukan pilihan untuk pemerintah negara ini. Belum lagi menang pilihan raya pun mereka sudah menyokong aktiviti seperti Pesta Arak, apatah lagi sekiranya mereka sudah mempunyai kuasa ke atas Malaysia. Tidak hairan jika aktiviti seperti ini akan jadi pesta tahunan dan ketika itu, kita tidak lagi boleh menghalang. Apa kita rela dipimpin oleh pemimpin kaki botol?

Lagi menyedihkan dan boleh dianggap biadap, pesta yang dilakukan di tempat tumpuan awam itu diadakan pada bulan Zulhijjah iaitu ketika umat Islam melaksanakan ibadah haji dan korban. Penganjur langsung tidak menghormati masyarakat sekeliling yang majoritinya penghuni beragama Islam. Memetik kata-kata Pakar Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Noor Aziah Mohd Awal yang mengatakan, Pesta Arak tidak boleh dianjurkan di tempat terbuka melainkan premis berlesen menjual arak. Carlsberg Malaysia perlu memohon permit mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan ini di tempat terbuka akan tetapi bagi kes seperti ini, biasanya permit tidak akan dikeluarkan kerana ia melanggar perlembagaan. 

Labels: , , ,

Tiga pekerja vietnam terbunuh dalam kebakaran
Friday 7 November 2014 | 0 comments


MERU: Tiga pekerja warga Vietnam terbunuh dalam satu kebakaran kilang di kawasan perindustrian Meru, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara, Ahmad Zainal Osman berkata pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 6.30 pagi dan mengambil masa kira – kira 20 minit untuk tiba di tempat kejadian. Dua jentera bomba dari Klang Selatan dan Sri Andalas turut dikejarkan ke tempat kejadian.




Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran Kilang Mancis Superhero


Kebakaran tersebut mengakibatkan 70 peratus bahagian kilang musnah dan pihak bomba mengambil masa hampir satu jam sebelum berjaya memadamkan kebakaran.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Meru, Abdullah Osman, ketiga-tiga mangsa, Nguyen Thien Minh, 30, Nguyen Thor Sung, 28 dan Ngor Siaw Sung, 35 mati akibat terhidu asap berlebihan sebelum ditemui dalam keadaan rentung di bahagian gudang utama kilang berkenaan.

Abdullah tidak menolak unsur-unsur khianat namun pihak polis masih menjalankan siasatan mendalam punca kebakaran Kilang Mancis Supehero Shd Bhd ini.

“Kebakaran dipercayai bermula di bahagian tempat simpanan gas kilang sebelum merebak ke bahagian gudang utama hingga menyebabkan beberapa letupan berlaku. Kerugian dialami sekitar RM 3 juta.”

Kesemua mangsa kejadian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat dan penghantaran jenazah ke negara asal mereka dijangka dibuat pertengahan minggu depan, tambah Abdullah.

Mangsa, Thien Minh dan Thor Sung berasal dari Hanoi manakala Siaw Sung berasal dari Ho Chi Minh. Ini merupakan kebakaran yang ketiga berlaku di kilang yang beroperasi 24 jam sejak mula beroperasi.

Kejadian pertama berlaku pada tahun 2003 yang melibatkan kebakaran kecil di bahagian pejabat pentadbiran telah mengorbankan nyawa manakala yang kedua berlaku pada tahun 2006 iaitu kebakaran  kecil di bahagian stor bahan mentah.

Kilang Mancis Superhero Sdn Bhd sudah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai lebih 500 pekerja. 



Berita ini hanyalah stimulasi bagi subjek Online Journalism dan tujuan akademik. 

Labels: , , ,

Tired but not-so-tired. What?
Saturday 1 November 2014 | 0 comments

Helloooooo

Pukul berapa dah ni? jap jap.
whatttt?!
dah 10.25 malam dah? Cepatnyaaaaaa.

Semester five is moving really fast! Busy Busy Busy!

Nak kata kita buat kerja lambat, macam dah awal dah. (Mungkin)

RESTLESS. (Awak baru belajar Amira, tapi mengeluh dia -.-')

Bukan nak mengeluh, tapi you know, student's life fun comes in when you are doing your assignments. Macam pelik bunyi dia kan? hahha but that's the truth. Macam kita sekarang ni tengah study Journalism, sangat best bila pegi shooting untuk news dan third languageeeeee! Bestest part is the editing part! Paling happy bila tengok outcome dia setimpal dengan usaha! Faham tak perasaan tu? Faham tak? Best kan?

Lepas tu, bila keluar untuk cari news! Ohhh sangat best bila acah acah interview corporate people. Time tu semua orang nak pakai cantik-cantik, and the boys will be very handsome with the tie and all. Kalau tak, huhh! masing-masing air liuq basi melekat lagi time pegi kelas hahaha

Alhamdulillah pensyarah memberi kepercayaan kepada kita untuk handle this semester punya kolokium. Makin sibuk la cite dia (Read: I'm a Project Manager lulz) Terima kasih untuk guidance encik! Happy dapat team yang awesome (so far) and supportive classmates and families. Hoping it will be a successful event! Korang datang tau nanti! I'll update the info later okay?



Take care xx

Labels: ,

Midnight post kata kauuu
Friday 24 October 2014 | 0 comments

Salam 00:50 semuaaaaa. I know it is late already but Amira cannot sleepppppp. Why laaaa? Takkan nebes nak belajar kete esok? Tak mungkin tak mungkin (sedapkan hati) yang penting esok confirm kena bebel bebanyak dengan aunty driving school sebab dah lama tak pegang stereng. Cite dia mmg lupa banyak dah. I got panic easily lagi lagi kalau pressure. Ohhh, sangat bahaya ye Amira ><

Tapi takpe takpe, kita doa bebanyak (jugak) to get blessing from Allah. Doa supaya hati tenang nak start enjin (especially for parking--paling cuak yang tuuuuuu). In shaa Allah. May everything goes smooth as it is supposed to be hehe. Okay, i should hit my bed now. Good night guysssss! 

Take care xx