bonjour ♥
a m i r a
about News Portal home Articles facebook instagram twitter articles

Follow ♥


Pro Blogger Tricks

credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Posts

Older Post > | < Newer Post
Balkanisasi Siber
Friday 19 December 2014 | 0 comments


Artikel hasil nukilan Dr Rahmat Ghazali iaitu Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1Malaysia telah memperkenalkan konsep ‘Balkanisasi’ yang sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan penduduk dunia siber. Balkanisasi secara literalnya ada konsep geopolitik yang bermaksud proses pemisahan negara-negara Balkan untuk menggambarkan fenomena politik yang penuh dengan konflik sesama mereka. Negara-negara ini sememangnya bebas tetapi kebebasan ini membuatkan mereka berpecah, tidak mahu berkongsi maklumat sehingga satu peringkat mereka bertindak ganas antara satu sama lain.

Keterpisahan inilah yang dilihat sama dengan situasi media massa, terutamanya Internet yang membolehkan pengguna memperolehi apa sahaja maklumat yang dikehendaki tanpa tapisan. Perkara ini boleh membentuk kumpulan bersefahaman tetapi terpisah ‘ideologi’ antara satu sama lain yang menjurus kepada pertentangan pemikiran media arus perdana. Mereka ini perlahan-lahan menjadi obses kepada anasir-anasir negatif dan adakalanya ke tahap ekstrim dan membawa kepada keburukan dalam masyarakat.

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi dalam sistem perlembagaannya yang secara tidak langsung mewujudkan perbezaan ideologi politik. Sebagai contoh, kenyataan kenaikan harga minyak yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan persekutuan negara.


Kenaikan harga minyak membuatkan Balkanisasi Siber semakin terasa

Kita boleh lihat, Internet dijadikan medium utama untuk mereka menyuarakan pendapat serta ketidakpuashatian mengenai isu tersebut. Kelancangan lidah dan kata-kata kesat yang keterlaluan digunakan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter ataupun melalui blog tanpa mempelajari sebab sebenar kenaikan harga minyak berlaku. Pertuturan dan kesopanan bahasa yang semakin biadab di dunia siber merunsingkan pelbagai pihak dan dikhuathiri akan melumpuhkan semangat 1Malaysia pada masa akan datang.

Kewujudan akhbar alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat dan pelbagai akhbar bersaiz tabloid yang berada di pasaran tanpa sekatan serta sokongan kebebasan bahan-bahan politik di Internet juga mengakibatkan keterpisahan semakin terasa. Teknologi yang kini semakin canggih membolehkan pengguna menempah bahan yang mahu dibaca, ditonton atau didengari di Internet. Sifat Internet dan sesawang web yang luas dengan berita dan maklumat ini tidak mungkin kita temui pada media tradisional. Namun, sekiranya bahan-bahan kebencian, anti kerajaan, kritikan pedas tidak berasas disebabkan oleh sumber yang tidak mempunyai kredibiliti, fitnah, hasutan dan gejala-gejala negatif yang lain terus menjadi tatapan umum, pastinya mewujudkan balkanisasi media massa.

Internet boleh dianggap seperti satu kuasa yang membawa pengguna ke satu dimensi baru yang memisahkan mereka daripada realiti dimana pengguna bebas untuk menorakai dunia Internet yang luas tanpa sebarang sempadan. Namun, adakalanya, pengguna didatangi oleh laman web iklan tanpa dipinta seperti ‘spam’ dan iklan yang berunsurkan seks, sama ada secara ‘imbasan’ atau ‘pop ups’. Jalan penyelesaian untuk masalah seperti ini terletak kepada pengguna sendiri iaitu dengan cuba meneroka laman web iklan tersebut atau terus membuangnya dan mengisytiharkannya sebagai gangguan. Kita sedia maklum bahawa Internet merupakan tempat untuk mencari sesuatu maklumat tetapi ia juga boleh menjadi perantaraan kepada pendedahan dunia pornografi.

Balkanisasi media dilihat mampu menyumbang kepada genjatan semangat 1Malaysia kerana berpotensi untuk memisahkan khalayak dengan menolak kehadiran pihak yang tidak sehaluan dari segi pemikiran, minat dan kecenderungan mereka. Perpaduan rakyat Malaysia akan tergugat sekiranya rakyat hanya memberikan perhatian kepada apa yang mereka minati. Balkanisasi media ini juga menyebabkan rakyat menjadi satu kumpulan yang taksub dengan satu bentuk tingkahlaku, sikap dan pemikiran. Insiden seperti Himpunan Bersih telah melahirkan masyarkat yang terlalu berani sehingga berlakunya kecederaan kepada peserta dan juga pihak berkuasa.

Kita tahu meluahkan pendapat itu boleh akan tetapi ia perlulah dipraktikkan bersama dengan etika kewartawanan. Jangan hanya menghentam, mengupas atau merumuskan sesuatu tanpa kesahihan.

Labels: , , ,