bonjour ♥
a m i r a
about News Portal home Articles facebook instagram twitter articles

Follow ♥


Pro Blogger Tricks

credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Posts

Older Post > | < Newer Post
Pesta Arak Oktoberfest: Matlamat Menghalalkan Cara?
Friday 19 December 2014 | 0 comments


Tidak cukup dengan Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang menyebabkan banyak kematian anak muda, negara Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan Pesta Arak Oktoberfest yang disambut secara besar-besaran di negara kita. Pesta tersebut mendapat tentangan hebat dari orang ramai terutamanya dari umat Islam termasuk saya sendiri. Kita semua sedia maklum, agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan. Apa mereka ini sudah tidak sensitif dengan persekitaran Malaysia yang turut dihuni oleh rakyat yang beragama Islam? Mereka sewenang-wenangnya menjalankan pesta minuman keras secara terbuka di seluruh negara. Penganjur sepatutnya lebih peka dan jangan biarkan maltamat menghalalkan cara.


Pesta Arak Oktoberfest ini telah dilancarkan di RP Saujana Resort pada 24 September 2014 oleh Carlsberg Malaysia. Pelancaran pada hari tersebut bersamaan dengan tempoh Festival Tahunan Bir Bavaria di Munich (sambutan di Munich bermula pada 20 September) diadakan, dan untuk tiga tahun berturut-turut, Carlsberg Malaysia sekali lagi membawa Oktoberfest ke Malaysia. Majlis pelancaran itu telah menarik lebih dari 500 peserta untuk berpesta arak bersama. Hotel Berjaya Times Square di Kuala Lumpur, Brussels di Setia Walk, Puchong, I Beam di Batu Pahat, Johor dan Euro Deli di Penang antara tempat pesta arak ini diadakan sekitar Malaysia.                                                                                        
Lebih mengecewakan apabila Menteri Besar Selangor sendiri tidak menghalang Pesta Arak itu dijalankan dan apabila ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti itu sahaja. Keputusan tidak menghalang Pesta Arak itu adalah pendirian kerajaan (secara menyeluruh) yang juga diwakili oleh semua parti. Kenyataan beliau menghairankan banyak pihak. Bukankah parti PAS juga dalam kerajaan negeri? Sekiranya PAS membantah, bukankah ia membawa erti bukan semua menyokong Pesta Arak itu?

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Allah juga telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud :
‘Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.’

Sudah terang lagi bersuluh. Menteri Besar Selangor yang juga seorang Muslim sepatutnya menghalang Pesta Arak itu daripada dijalankan di negeri pimpinan beliau. Benar, Islam tidak melarang penganut agama lain meminum arak namun mengadakan pesta arak secara besar-besaran, apatah lagi mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan papan iklan dan sebagainya di negeri atau negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi adalah tidak wajar. Yang Berhormat Menteri Besar Selangor perlu bersikap tegas dalam membangkangkan pesta seperti ini.

Sokongan pemimpin parti pembangkang dalam Pesta Arak Oktoberfest meyakinkan lagi umat Islam di negara ini bahawa kedua-dua parti itu bukan pilihan untuk pemerintah negara ini. Belum lagi menang pilihan raya pun mereka sudah menyokong aktiviti seperti Pesta Arak, apatah lagi sekiranya mereka sudah mempunyai kuasa ke atas Malaysia. Tidak hairan jika aktiviti seperti ini akan jadi pesta tahunan dan ketika itu, kita tidak lagi boleh menghalang. Apa kita rela dipimpin oleh pemimpin kaki botol?

Lagi menyedihkan dan boleh dianggap biadap, pesta yang dilakukan di tempat tumpuan awam itu diadakan pada bulan Zulhijjah iaitu ketika umat Islam melaksanakan ibadah haji dan korban. Penganjur langsung tidak menghormati masyarakat sekeliling yang majoritinya penghuni beragama Islam. Memetik kata-kata Pakar Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Noor Aziah Mohd Awal yang mengatakan, Pesta Arak tidak boleh dianjurkan di tempat terbuka melainkan premis berlesen menjual arak. Carlsberg Malaysia perlu memohon permit mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan ini di tempat terbuka akan tetapi bagi kes seperti ini, biasanya permit tidak akan dikeluarkan kerana ia melanggar perlembagaan. 

Labels: , , ,