bonjour ♥
a m i r a
about News Portal home Articles facebook instagram twitter articles

Follow ♥


Pro Blogger Tricks

credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Posts

Older Post >
Suri Rumah Diserang Ah Long
Monday 22 December 2014 | 0 comments


SHAH ALAM, 19 Dis – Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila diserang ah long atau ‘ceti haram’ selepas suaminya dikatakan gagal membayar hutang yang dipinjam dua tahun lalu berjumlah RM 200,000.

Mangsa, Mazmira Taib, 29, berkata, dia hanya mengetahui tentang hutang suaminya, Hakim Zani, 34, selepas ah long tersebut datang menyerangnya di tempat letak kereta, di sebuah kompleks membeli-belah, dekat sini, semalam.

“Waktu itu saya sedang menunggu kawan untuk keluar makan. Tiba-tiba dia (ah long) datang, menjerit suruh saya keluar dari kereta. Dia mengugut untuk mencederakan saya jika saya tidak dapat bayar hutang tersebut,” katanya ketika ditemubual selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Mangsa yang juga merupakan seorang suri rumah didakwa menjadi penjamin kepada pinjaman tersebut menyebabkan dia diburu ah long meskipun mangsa tidak mengetahui langsung mengenai kontrak pinjaman yang dibuat oleh suaminya itu.

Suaminya yang bekerja sebagai pegawai kanan pentadbiran di sebuah syarikat swasta dipercayai membuat pinjaman tersebut pada tahun pertama perkahwinan mereka.

“Memang kami ada masalah kewangan sebelum ini, tapi saya tidak sangka yang suami sanggup pinjam duit dari ah long. Malah, dia ada mengatakan bahawa dia ingin ke luar negara atas urusan kerja sejak dua minggu lepas. Rupa-rupanya dia ingin lari daripada membayar hutang,” ujar Mazmira.

Manakala, menurut saksi yang berada ditempat kejadian, Arin Zam, 25, berkata, dia dan rakannya sempat merakam video ah long tersebut yang cuba mengasari dan memeras ugut mangsa.

“Kami dalam perjalanan ke tempat letak kereta sebelum kami ternampak seorang lelaki menengking seorang perempuan sambil memegang sebatang kayu. Selepas lelaki itu pergi, kami membantu wanita tersebut untuk membuat laporan polis,” ujar Arin.

Menurut DSP Ahmad Ali, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh mangsa sejurus selepas diserang. Pihak polis juga berusaha untuk menjejaki suami mangsa yang dikatakan mempunyai urusan kerja di luar negara.

“Kami akan berusaha untuk menjaga keselamatan mangsa dan akan menjalankan siasatan dengan terperinci berhubung dengan kes ini supaya serbuan terhadap tempat-tempat pinjaman haram ini dapat dilakukan,” ujar DSP Ahmad Ali ketika ditemui.

Berita ini hanyalah stimulasi bagi kursus Online Journalism dan tujuan akademik sahaja. Subjek di dalam video adalah lakonan semata-mata.

Labels: , , ,